July 20, 2009

Cerita Sedih


Pada 16 July yang lalu, kolej telah menganjurkan Malam Gala Kourikulum. Makan malam ini bertujuan untuk meraikan mereka yang bergiat aktif dan memberi sumbangan kepada aktiviti kolej.Tetamu kehormat untuk malam ini adalah Dato'Misbun Sidek..

Tapi kali ini aku bukan nak cerita pasal malam yang gilang gemilang ini..aku nak berkongsi bersama semua satu kisah yang berlaku sebelum majlis bermula.Ianya bermula pada jam 7 .30 mlm, masa tu aku dan suami (pergi sekali krn jagi photographer utk majlis trsbut) on the way nak masuk kolej. Kami berselisih dengan seorang budak perempuan dlm lingkungan umur 7 atau 8 thn.Dia berjalan seorng dgn memakai baju sukan.Budak ni boleh dikatakan sihat juga dan sekali imbas macam anak aku Balqis lak rupanya..Budak ni rupanya berjalan sambil menangis,dan dari arah tujuannya aku tahu dia nak balik ke rumahnya di flet belakang kolej aku yang agak jauh klu hendak jalan kaki .Aku pun sound kat hubby."apa kata kita hantar budak tu balik" dia pun setuju memandangkan hari dah semakin gelap dan agak bahaya untuk dia jalan seorang diri..takut jadi mcm kes2 sebelum ini yg heboh di surat khabar.(tak yah la aku tulis kan..)

Kreta kami berhenti aku pun buka tingkap dan bertanya" dik, nak balik belakang ke?" dia angguk kan kepala.."mak tak ambil ke?"dia geleng kan kepala..mata dia dan raut muka nampak sangat wajah kecewa dan sedih dalam diri dia.aku buka pintu keta suruh dia masuk ,aku kata "meh untie hantarkan"..

Dlm keta aku dan suami diam je..tiba2 perasaan sebak dan sedih menyelubungi kami..air mata dah tak terbendung lagi aku dah start nangis..sebab tengok kat cermin budak tu masih nangis.

Dlm hati perasaan sedih bercampur geram terhadap mak ayah budak tu yang tak hiraukan keselamatannya..Tak dapat nak berbual lebih dengannya kerana aku dah sedih sgt, tengok hubby pun mcm semacam je..mungkin irasnya seperti anak ku menguatkan lagi rasa sedih kami..

Sampainya di flet dia (blok H) dia terus keluar keta dan menuju tangga flet.Dari dalam kereta aku lihat dia terus menyambar seorang baby dlm lingkungan 1 thn tidak berbaju (hanya memakai seluar) dan mendukungnya menuju ketingkat atas.Bertambahlah sedih aku melihat senario tersebut.Hubby ku kuar sekali untuk memastikan dia tiba di rumahnya.Seorang lagi kanak-kanak perempuan yang masa itu membawa bakul baju berisi baju kering yang baru diangkat dari ampaian dibawah telah menyapa suami ku dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Dan dalam tanggapan aku mungkin ini seorang lagi adiknya yg dlm lingkungan umur 4 thn.

Apa yang menjadi persoalan ku...Dimanakah Emak budak2 ni??Kenapa biarkan anak2 begitu??

Tak risaukah dia??

Apa yg menyedihkan ku...Betapa rajin dan kasiihannya anak2 ini untuk melakukan kerja2 sebegitu dan mengambil berat antara satu sama lain..perlukah pada umur sebegini mereka menanggung beban sebegitu??Bukankah sekarang mereka sepatutnya dalam proses bermain dan belajar?

Memang kejadian ini nampak kecil bagi sesiapa yang membaca..tapi bagi aku yang berhadapan dengannya ianya memberi kesan yang amat mendalam dan ia telah mengambil masa lebih kurang 2/3 hari untuk aku melupakannya..begitu juga suami ku.(lagi teruk rasanya !)

Sehingga kini aku masih selidik akan situasi sebenar budak ni..aku pasang spy(student yg tinggal berhampiran)utk memerhati adakah keadaan ini adalah kehidupan harian mereka?adakah mereka memang ditinggalkan oleh ibubapanya ketika keluar bekerja?bukan untuk jadi busy body..cuma nak tengok keadaan sebenar supaya hati ini puas dan dpt buat apa yg aku termampu..

Memang tak dinafikan, kos menghantar anak2 untuk dijaga di pusat2 asuhan(nursery) kini adalah amat membebankan bagi semua terutama bagi mereka yang mempunyai anak banyak.Kesan nya turut aku rasai..inikan pula bagi mereka yg lebih susah.Namun itu bukannya alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab dan meletakkan beban terhadap anak2 kita.

Bagi akulah..Sekiranya aku seorang jutawan atau hartawan..sudah tentu aku akan membuka pusat asuhan yang tidak mengimpikan keuntungan semata2 tetapi lebih kepada ikhlas melindungi anak2 ini supaya terjaga dan selamat jika ibu bapa keluar bekerja(bagi f.O.C je)..apalah sangat kan ..tapi itu sekiranya aku jutawan dan hartawan ..heheheh..doakanlah..yer...amin..

2 comments:

sCha zaNe~ said...

sedihnye kak
xsangke ade gak parent tergamak wat ank2 dia cm tue...
hai, kpd org2 yang senang tue...
jgn lupekan mereka2 ini...

ena said...

tu la sha...lebih2 lagi yg bujang dan banyak duit mcm sha..kenala tolong

Post a Comment

Term of Use