December 31, 2010

Anak ku sudah bersekolah...

Salam Cuti Bola dan akhir tahun untuk semua...
Post kali ni berkisar tentang anakku balqis yg kini telah menjejakkan kaki ke darjah 1..mudah2an akan ada post2 pada masa akan datang"anakku menjejakkan kaki ke asrama penuh..(betulke nk berpisah dgn mama??..) "dan "anakku ku menjejakkan kaki ke universiti of ????" hehe..insyallah..mama ni berangan lebih mcm papa lak..huhu..tapi sekurang2nya mama berangan kan kejayaan anak2 bukan berangan nak *psstt*(rahsia separa sedar)..

akis1

kami antara yg paling awal tiba..maklumlah,akis tak pernah ada masalah utk bangun pagi jika nak dibandingkan dgn abg ngah nanti..aduh..tak tau ler mcm mn dgn abg ngah nak ke sekolah minggu dpan..tentu lpas ni aku punya speaker kena add ampifier with echo pd waktu pagi..

akis2

logo

nama kelas sementara balqis.Kelas sebenar akan ditentukan setelah mereka duduki peperiksaan pada 4hb jan nanti..pergh..nak masuk darjah 1 pun ada peperiksaan penilaian.Ini bagi menapis kebolehan murid2 dari segi membaca,mengira dan lisan...(kasihan mereka...).Mengikut taklimat yg diberikan pada februari dan april pun dah start ujian.UPSR bagi mereka(2016) penilaian dari kementerian hanya 50% dan selebihnya akan dinilai dari penglibatan dan keputusan oleh sekolah sepanjang pengajian mereka..uhhhh!!dah kena add commonskills..no more achievement test only..(see...well ...kan aku dah ckp dulu...zalina...)heheh

ma@akis1

ma@akis2
mama

ha...kad hijau ni aku kenal...klu dapat jer..dan nampak van putih masuk..dah menggigil lutut mokcik..hehe..bau bilik dan bunyi zink peralatannye je dah semput dan senak perut aku..huhu
sekarang korang rasakan...heheheh....SERONOKNYER.......


menu

cadangnyer..nak bg duit syiling 50 sen dalam 2@3 supaya akis senang berbelanja..tapi kami tergelak ble gi kantin dan tgok senarai harga makanan yg dijual..korang tgok je la..agak2 berapa aku kena bagi untuk sehari bagi anak aku yg kuat makan ni...arghhhh!!!!

December 30, 2010


Inti pati kursus yg kuhadiri...

Beberapa hari ni.kolej dipenuhi dgn kursus2 motivasi dan peningkatan staff...mmg seronok lebih2 lagi ceramah dari http://www.alumnidebatmalaysia.blogspot.com..memang best..tak kering gusi dibuatnya..

Banyak perkara yg dipelajari..(life long learning ..)study should never end..bukan utk meningkatkan kerjaya sahaja tapi utk aku meningkatkan kehidupan ku dlm mendidik anak2 dan keluarga antaranya yg paling aku setuju dan dah lama aku lihat adalah terpesongnya objektif pendidikan kini dan mentaliti ibu bapa kini berbanding dulu...(mungkin tak semua)
kesan2 pendidikan kini terhadap anak2...yg mn ibu bapa kini terlalu menakankan achievement anak2 tanpa menilai nilai2 yg mereka perolehi ...lebih kepada ingin menjaga air muka ibu bapa sahaja daripada nilai yg diperolehi oleh anak2..Anak2 stress belajar demi mengejar cita2 ibu bapa..hilang kehidupan zaman kanak2nya kerana penuh dgn tuisyen2 yg dihantar ibu bapa kini yg mewah2..(sebenarnya bukan mewah..tapi malas nak layan anak2 di rumah tu...)
Graduan mendapat pointer yg bagus2..tetapi tidak boleh bekerja..no softskill..nak tau apa softskill ,,check sendiri yer..heheh nanti panjang plak aku berceramah kat sini...
Guru menegur anak2..ibu -bapa datang serang guru..zaman dulu2 ade ke mcm ni??mn ade..mengadu je..kita yg dipukul kan??so..tepuk dada tanyalah hati dan fikiran sendiri....

"They will lose their childhood in the process,missing the chance to mix around with their peers..nothing to remember when they adult.."

Selamat Tinggal 2010..

Dalam lebih kurang 24 jam saja lagi dari saat post ini ditulis, kita semua akan meninggalkan tahun 2010.Disini aku tidak ketinggalan ingin mengucapkan selamat tahun baru dan selamat tinggal tahun 2010 yang sememangnya banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis.Antaranya, asam garam kehidupan, sakit demam anak2..gelak tawa keriangan ..dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah pemergian arwah bapa mertuaku..Namun alhamdulillah,semuanya dapat dilalui dgn penuh kejayaan , sempurna dan kesabaran berkat rahmat dan lindungan dari-NYA..Dan mudah2an ,tahun yang mendatang segalanya akan bertambah baik,dan bertambah sempurna lagi kehidupan ku & suami serta anak2..tak lupa juga kebahagiaan terhadap ahli keluarga yg lain serta rakan2 & peminat2 I juge..hehe...amin..


YEAR2010

December 28, 2010

Ingatlah para suami...JIKA...

Jika isteri menangis di hadapanmu….
“hargailah dia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu di saat kau terperuk terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?
"Apakah keistimewaan perempuan ini?”
Di balik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

ikhlas..dari blog sahabat...utkrenungan bersama

Jalan-jalan Christmas

Disebabkan telah menerima jemputan dari MR.BEAN 2 bulan yang lalu untuk menghadiri rumah terbuka dia, dan tiket pun dah dapat(sponsor dr Mr hartawan hayalan Dato'RAZAK), so aku pun gi lah beraya rumah MR.BEAN kat LONDON (alamat penuh tak boleh dipaparkan atas sebab2 keselamatan pelakon tersohor ini ye...) ..so korang yg tgh baca tu jgn lah jelos plak..dpt tgok pic. kitorang pun kira o.k la kan..lain kali mana tau rezeki korang lak..heheh

DSC_0155

Sempat bergambar sebelum balik..

DSC_0153-crop

seronoknye danial berjumpa idola...

qistina

qistina merajuk tak dpt main snow...

mama-qis

mama pujuk..mama beli ni o.k...

Memupuk semangat bersukan dan cintakan Negara..

DSC_0176


DSC_0188



Perghhh...tajuk post kali ni tak hengat..Secara tersiratnyer memang itulah hasrat aku dan suami..ingin memupuk semangat bersukan (aktif like mama & papa) dlm diri anak2 kitorang.Harap2 tak asik dok mengadap game dan komputer je ..(hidup biar seimbang,jgn banyak bersembang...hehe).oleh dgn sbb itu, kitorng sanggup ber`jem`..dan berjalan berbatu2 untuk sampai ke stadium yg sesak teruk hari tu...sampai ada org tu muka hangin jer..sbb aku sempat lagi nak gi shopping sblm gi stadium...hehehe

Dalam diam tak diam..(imbas kenangan lalu...) rupa2nyer...aku dan suami dah banyak menonton perlawanan bola sepak semenjak kami bercinta dulu..heheh..masa tu gi tgok bola naik motor ..tak silap aku MU vs M'sia..tiket mahal tu..RM50 (klu x silap ler) so kami kekalkan kemesraan dulu hingga kini, cuma la ni dah ada bodyguard.Antara perlawanan yg kitorng dah tgok.."m'sia Vs Thai""Msia Vs China" "M'sia Vs Indon (dulu)"Msia Vs MU","Msia Vs Viet" dan yg baru2 ni skali..Mungkin ada yg tertinggal..lupa plak tiket simpan kat ner.

Aku tak rasa ini merupakan aktiviti buang masa,kerana bg aku (pendpt aku la..klu salah,korang punya pasal ler...hehe) masa yg dihabiskan bersama keluarga adalah masa yg sangat berharga..cuma bagaimana kita menghabiskannya itu merupakan satu variasi dlm kekeluargaan supaya ianya tak nampak jemu dan kosong..atau sekurang2nya..aku mempunyai sesuatu untuk diceritakan pada mereka dan anak2 mereka kelak..(pergh..jauh lagi tu...huhu)
Lagipun, pendekatan kita dgn anak2 perlu akrab..mengikuti masa perkembangan mereka sgt penting supaya tidaklah tiba2 kita kata" tak sedar tak alih2 anak2 dah besar..."masalah besor tu..dan juga menghormati minat mereka (dan minat pasangan kite...supaya lebih mesreee mmmm..muah..muah) sejajar dgn umur mereka adalh benda yg sangat mereka hargai..supaya tak timbul kata2 " asik pegi tempat/tgok citer/makan/buat/ dll yg papa dan mama suke je..." (hehe..mcm pernah kudengar jer..tapi di mana yer..)
ceh..ceh..dah jadi motivator lak aku ni..tapi apa yg aku tulis bukanlah rekaan..ianya memang tertulis dlm buku untuk perkembangan sihat anak2 dan kekeluargaan..tu r..lain kali bnyk membaca buku kekeluargaan mcm aku..
mmg aku agak concern sket akan hal spt ini ..sebb aku berhadapan setiap hari dgn sikap remaja masa kini.Dari percakapan, cara hormat, pakaian,fesyen,sikap dan mcm2 lagi..mmg aku akui zaman dah berubah.Banyak yg perlu kita beri perhatian ..nak cakap lebih pun takut rasanye..so faham2 je la..buatlah apa yg terbaik utk mereka dan sebagai ibu bapa kita dah tak boleh mementingkan diri sendiri..Jangan menyesal kemudian...Namun sekiranya dah berusaha serahkan pula ketentuannya pada tuhan....amin...wabillahitaufik walhidayah,wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

ops..ops..lagi sket (buka balik dgn bismillah tujuh..)..
utk kemesraan mama & papa lak..senang jer..whatever u like..I will try to `LIKE' TOOO...hehe
But..(ada but nyer yer..) if u like to add more..I willlll........will killl you....hahahahah

December 18, 2010

luna-dan sebenarnya (unplugged versi Lisa & Faiq)

11.12.2010- Mak SITI family day

Seperti yg dinyatakan dlm post sblm2 ni..event mak siti akn dilangsungkan pada 11.12.2010..Alhamdulillah..semuanya berjalan seperti yg dirancang dengan begitu meriah sekali.Yg tersangat meriah adalah makanannya..errgghhh!!cannot handle my appetite anymore...habih penat reduce kalori aku seminggu..heheh .Tapi bile lagi nak dpt peluang mkn mcm ni kan..so belasah je r..janji ROCK!!banyak aktiviti yg dijalankan..dan seronok sgt ble semua ble join sekali..hadiah pun banyak..cuma biasalah klu aku ni bab cabutan bertuah tu kureng sket bertuahnya..slalu je nama atau no.tak naik..mungkin sbb hadiah bukan juta2an kot..klu juta2an mungkin aku bertuah ler..(dah mula menjenin kan diri mcm laki aku la plak..)tapi apa2 pun mmg sgt berterima kasih pada semua yg turut serta dan yg x dpt hadir..tak apa lain tahun ada peluang lagi k...Yng penting keukhwahan persaudaraan yg perlu kita kekalkan hingga ke anak ,cucu cicit kita.Semoga mereka tidak lupa adat ketimuran kita yg saling menghormati hubungan persaudaraan dan hidup dalam persekitaran kekeluargaan yg sihat dan harmoni...cewah....


MAK

Banner hari keluarga kami

main7

Aktiviti kurang sihat..main ngelat..

main2

Besor langkah nampak...

LAUT1aktiviti berendam la plak...

HADIAH1

Yeyyy...dapat hadiah..

gedik1
anak2 buah ku yg masih muda remaja..kecuali cameraman jer..yg dah tua ..heheh

lompat1
tapi ada plak abg ipar ku yg cuba berjiwa muda...hehehe...tension pancing tak dpt ape2 tu..

NYANYI1

asah bakat yg dah mulai tumpull....huhu

December 14, 2010

MAHA 2010

Macam tahun2 yg lalu sekiranya berpeluang aku akan join MAHA.So tahun ni ,aku bersyukur kerana masih bernafas dan boleh turut serta join lagi..(ceh..ayat tak hengat..).Kebetulan mak tercinta ada di rumah aku yang datang kerana Ariff (anak saudara aku) sakit.So aku pun bawa la dia jalan 2 di MAHA ni..mmg pergi dah agak petang,so tak banyak tempat kami masuk..ditambah pula dgn sesak hari akhir MAHA..so layan je lah pict..aku yg kebanyakkannya menunjukkan aku tgh mkn tester yg disediakan..konyang perut ,senang hati...huhu


MAHA2

MAHA1

MAHA3

December 9, 2010

Percutian 1:Genting Highland

On 26-28 Nov.We had our first vacation during this year-end school holiday .Disebabkan ianya tidak dirancang sgt akan tarikhnya so aku cuba mendapatkan penginapan from MUDAH.COM je..Luckily, there's an apartment for rent near to top , GohTong Jaya.So ,I try call the owner, Very easy to nego with her because of her kindness.So she rent us her apartment which consist of 2 room (at first) with the very reasonable price.2 days,before the appoint date ,Mrs.Winny (house owner)call me and told that her apartment actually have been booked by others without her knowledge.With the guilty feeling ,she decided to rent me her second apartment which is bigger than the previous one(consist of 3 bedroom)with the same price.So,we are so lucky..not only that,her apartment is only 2 minute walk to the very nice strawberry farm and provide a warm pool facility. Apa lagi..seronok gle r..

Here I also like to thanks to my husband business and imaginary partner Mr.SISO family for joining us in this vacation.We all really having an enjoy weekend with them..so apa lagi..layan pict k untuk kecor2...
genting3
With owner:Mrs.Winny
DSC_0005
DSC_0069
pn.hanim jgn mare ye...(sj buat onar...)
mama1
at strawberry farm

qistina1
Qistina Beauty

genting2
genting1



December 2, 2010

Nearest Event





On 11.12.2010 ,Mak Siti Family will held their annual activity at Damar Suria Resort (gambar di atas). Our secretary already list down the itinerary of the event
Tarikh :11 - 12 Disember
Tempat: Damar Suria Resort ,Telok Gong Melaka

Tentatif Program
Check In :12.00 tgh
Makan/minum spt yang telah dibincangkan oleh AJK setiap keluarga ,membawa makanan.
Bawa nasi putih ( semua keluarga bawa )
Lauk-Pauk:
kak nah : Asam pedas ikan mayung --pergh!!ni buat aku x ble sabar ni..asam pedas k.nah yg UMMPPPh!!
Mak siti n cik an : rendang -Jgn rendang hamster lagi dah la ye..
Amah :Sambal tumis udang - he..eleh..ambik yg senang je die??So udang mesti yg GALAH panjang nye yer..galah pendek tak main
K ani: k.ani akan bergerak dari umah aku..so..apa yg k.ani bawa consider aku bawa k..
Nor :??
Ucu: Surrprissee!!!tungguuuu..(bawak mangkuk tepen je ..heheh)
K.Nik: S/U pun kena bawa jugak ler...makan nak banyak .bawak tak mau yer..

Lepas Asar : Permainan
**aku kena incharge satu game.dan aku tgh fikirkan lah ni..tapi mesti gempak aku bagi...KEDEBAK KEDEBUM...BUM everybody just prepare your mental and fizical..make sure all fit!!**
Malam:Barbeque (makan lagi)
Pertandingan karaoke (ini kena masuk ni..klu tak org tu mesti ingat kuarga dia je akan menang..syarat pertandingan perlu menyatakan semua yg mempunyai kursus kesenian atau seumpama dengannya tak dibenarkan join!!tapi klu pertandingan memerlukan pasangan habihlah aku..nyanyi belakang pintu je la aku nampaknya ikut resam laki aku..klu nak karaoke mesti sorok muka...hahaha))
Penyampaian hadiah Bowling (ni game yg dah berabad dulu..perlu lawan balik ni..)
hadiah karaoke
Cenderahati keluarga
12/12/2010
-Srapan pagi
-AktivitI 2 lain kita fikirkan bersama ..apa lai...terjun laut ler...tengok PIRANHA..Danial suka tu..so klu nak piranha dtg kenalah ber B**EL!!hehe
Check out 12.00tgh..

Dimohon kepada semua ahli yang masih tertunggak bayaran utK menyempurnakan tanggungjawab masing-masing (akulah tu..heheh Don't worry..bayar punye..tunggu 25hb k..eh mcm pernah ku dgar je ayat tu..tapi di mana ye??).Setiap keluarga akan di taja bilik penginapan,makan malam barbeque,serta sewa tapak karaoke namun atas perbincangan AJK setiap keluarge diharap dapat membuat bayaran tambahan sebanyak RM 30 utk menampung makan malam bbq dan sewa tapak karaoke.Ini adalH DISEBABKN DANA DIGUNAKAN JUGA UNTUK HADIAH CENDERAHATI DAN JUGA PERTANDINGAN2 yang disediakan..Harap maklum.
Bilangan ahli keluarga yang telah memberi persetujuan utk hadir :
41 org (32 dewasa 9 kanak2)
10 unit bilik shj .
Penentuan Bilik
Bilik 1 _Abg Zaid/Kak nah/Ira/Yanti
Bilk 2- Ayu / Hairi /anak2 yanti(ikut budi bicara)
Bilk 3 -Kak ani/Abg Wan
Bilk 4-k.lng ayu /suami n anak
Bilk 5-yahya n family
Bilik 6-Amah n family
Bilik 7-Ena n family
Bilik 8-Norin jane family n mak
Bilik 9-Nor n family
Bilik 10-Yid n family
segala perubahan akan dimakliumkan kemudian.
Terima kasih
S/U

So..itulah aturcara majlis yg tlh di"pastekan "oleh s/u kita pd FB..I FOLLOW...

December 1, 2010

Backdated not Updated (PART 3)

Raye..raye..raye..

Tahun ni raya kat umah aku..tak de lah apa yg best sgt...just dok umah mcm biasa je..so tgok gmbar raye je lah ye..heheh

raye

Tapi selepas 2 minggu beraya..kami dikejutkan dgn berita sedih,iaitu perginya ke rahmatullah bapa mertuaku..
Agak mengejut juga kehilangannya kerana kami baru bertemu semasa hari raya,namun memang sudah diketahui tahap kesihatannya yang tidak berapa baik..Redha dengan ketentuan-NYA..

Backdated not Updated (PART 2)

2 Minggu sebelum Aidilfitri..keadaan menjadi tersangat huru hara...Mana taknye,dgn pesiapan raye yg tak buat lagi..dan anak2 yg sakit bersilih ganti.

Antara yg sakit..biasalah..2org beradik yg rapat ni.(dane & Qistina).I don't know why,every time danial sakit,later qistina akan menyusul..
Nak dijadikan cite..lepas aku gesa doktor check dgn teliti apa masalah danial asik demam dan selsema aje,barulah dia bersetuju untuk ambil darah,dan danial diminta masuk wad kerana dmam yg tinggi..almost 41degree ms tu.tapi dia masih leh cool je.Soa danial masuk wad hosp.Az-zahrah.disebabkan dah masuk air semalaman dia dah o.k,dan aku yg dah malas nak cuti,minta izin dr.utk kuar.Dr benarkan dgn syarat,dia dikehendaki guna mask sepanjang masa kerana ujian darah menunjukkan danial ada influenza A.Ujian terus dilakukan untuk tahu sama ada itu H1N1 atau tidak.Kami menjangkakan bahawa danial dijangkiti di pasar ramadhan,kerana dia rajin juga ikut kami ke pasar ramadhan.So, ble dah sampai umah,kesiankan dia kami bawa kuar makan di MINES,setibanya di mines,sms nak mkn dapat panggilan dari klinik yg mengatakan dia disahkan H1N1.So mkn cepat2 dan kami bergegas jumpa DR mlm tu juga.Danial dibekalkan ubat dan dikehendaki dikuarantinkan.Disebabkan malas duk hosp,aku minta dia dikuarantin di rumah sahaja..lagipun tak lah dia boring..ada game.Maid aku ble tgokkan,tak perlulah kami cuti bnyk hari.Alhamdulillah..habis je ubat yg disarankan kami disuruh ulang test ujian H1N1,dan kali ini virus itu tiada lagi..syukur...klu tak beraya di K.L sahaja la kami.So lepas kes danial selesai baru kami kelam kelibut cari baju raya...

dane-sakit

Backdated not Updated (PART 1)

This entry is just to fulfill my promises .So untuk yg mula2 just want to share my activity within this sem .(because i am a lecturer and also a student ,the use of "sem" term is so adapt to my life)

all the date/month mention is only based on my estimation only k..can't remember the right one since my age getting vogue..heheh

On July, me,my mom , my nephew and my maid went to Indonesia.We are not going for holiday actually,but we went for some business purpose..kira2 sambil menyelam sambil kentut gitu...
So we went there for 4 days,with the help of my maid..everything is main redah aje..maklumlah klu org2 kite aje..of cos bnyk duit yg kuar..ble ada sebangsanya..ble lah phm2 sket style depa..

We had hire one SUPIR name UDE..veru nice person..baik sangat..mmg tak nyesal ambik die..sgt mengambil berat akan kami.Sentiasa ikut bontot kami sms kami shopping.Dia kata takut kami kena copet..Very thanks to Ude..lain kali kami pegi akan contact die lagi..
Kami naik mobil Kijang kat sana (ala2 unser ler..itu pun tak cukup besor..hehe)aku rasa klu aku jutawan mau aku beli semua kedai..gle aku gle...sabar ena..sabar.....


semasa di sana mmg macam2 org yg kita akan jumpa.Tapi yg utamanye apa yg mereka lakukan adalah untuk mencari rezeki.Tak kira besar atau kecil semuanya bekerja.Kesian ,memang kesian..tapi kenapalah kita nak membandingkan mereka dengan kita..kira bersyukur kita dilahirkan di MALAYSIA yg serba mewah sehingga boleh sampai lupa diri dan SOMBONG dgn kemewahan yg dimiliki..Dunia ini bulat..mungkin kita akan jadi seperti mereka kelak siapa tahu..
O.k la,bab nak menginsafkan org ni biarlah jadi urusan laki aku..sbb dia motivator terbaik (utk anak2 aku jer..aku tak jln gak..heheh sorry..)
so masa kitorang tgh mkn yg sedap!!

DSC00238

pisang bakar penyek...dan

DSC00237

air batu org tak kedekut..
pergh!!bukan tu aje,banyak lagi..pendek kata mmg kejanye mkn je r.pantang nampak apa benda yg x ade kat sini..so masa mkn tu adalah mamat dtg utk menghiburkan..so disebabkan ms tu aku dah habih rupiah..aku ckp aku bg duit RM je..bukan main suke die..ckp je apa lagu.Tapi mmg betullah..die punye suara..mmg ummmphh..mcm artis.kalah peterporn.Tabik spring..lentok!!


DSC00201
So..mcm mn pun,harap2 lain kali dptlah gi sana lagi dgn membawa suami dan anak2..supaya dpt la aku gmbar guna cam mahal..klu tak guna h.set je la mcm ni...dan supaya anak2 tahu hidup ini tak semudah yg disangka..huhuh

INDON

UNTUK PARA SUAMI dan SUAMI TERCINTA..

Entry ini aku cilok dari blog kawan aku..aku pun tau dia pun mesti cilok gak..so jgn marah ye hanny..sama2 kita kongsi untuk suami kita dan semua suami diluar sana:heheh


PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja (mcm aku) dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.-jgn buat pekak je ye...

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..-haaaaaaa...

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.---heheheheh

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.---paling best ni!!

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?--mmg tak senongoh!!

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. --memang pun...

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja.

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

aku suke..aku suke...luv you DR...

Term of Use