January 8, 2010

Selamat pulang..

Hari Rabu 4/01/10 yg lalu, selamatlah kembali emak dan sebahagian keluargaku yang mengerjakan umrah..Alhamdulillah ,mereka semua sihat belaka malah nampak semakin berseri2 je wajahnya. aku memang telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan menghantar semua keluarga ku yang pergi menunaikan umrah.Memang macam2 cerita sebelum kesemua 12 org ahli keluargaku ini dapat berangkat kesana.Itu lah org kata dugaannya yg perlu mereka tempuhi..Tapi alhamdulillah semua dapat mengerjakannya walaupun diorang tak dapat pergi dalam kumpulan yg sama. Hanya dapat berjumpa beberapa hari di Mekah sahaja.
Memang seronok la bila mendengar cerita mereka ..terasa terharu juga kerana tak dapat bersama2 untuk turut serta .Mungkin belum tiba masa untuk aku lagi kot.Lagipun banyak lagi tanggungjawab aku yang disini yang aku perlu selesaikan disamping belum cukup rezekinya..So aku hanya dapat minta mak doakan supaya satu hari nanti giliran aku plak untuk ke sana.Dapatlah kali ni aku minum air zam2 banyak2..heheh..
end of story..

0 comments:

Post a Comment

Term of Use